Thursday, September 6, 2018

DASAR EKONOMI BARU

KOD SUBJEK : DUB1012


TAJUK : SEJAUH MANAKAH PENGETAHUAN ANDA TENTANG DASAR EKONOMI BARU (DEB). JELASKAN RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)

NAMA PENSYARAH : PUAN LIANA BINTI ABDUL SAMAD

NAMA AHLI KUMPULAN : 

  1. MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN ASMAWI  02DAD18F1042
  2. MUHAMMAD THAQIF BIN NASIR 02DAD18F1008
  3. MUHAMMAD SYAZWAN HAZIQ BIN MOHD AZAHAR 02DAD18F1026
SESI JUN 2018

DASAR EKONOMI BARU

Image result for dasar ekonomi baru

SUMBER DARI YOUTUBE



https://www.youtube.com/watch?v=tK55ctrCmgY

PENGENALAN

Dasar-dasar pembangunan negara menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi bagi membolehkan rakyat mencapai kesejahteraan hidup tanpa mengira kaum. Hal ini rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup dengan pendekatan pembangunan negara yang terancang sejak kemerdekaan dicapai.

Semua rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan tersebut adalah matlamat utama negara.


OBJEKTIF

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah megusahakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan.

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun iaitu kesan peninggalan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.Dasar dan strategi pembangunan negara selepas merdeka ialah menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan.Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

1. Perancangan peringkat pertama (zaman pramerdeka) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama (1956-1960).
2. Peringakat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970), iaituselepas Malaysia ditubuhkan.
3. Peringkat ketiga, iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi  perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).



Image result for rancangan pembangunan ekonomi malaysia





Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama telah dilancarkan oleh kerajaan dalam era Dasar Ekonomi Baru bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun 1990.Kerajaan telah berjaya melaksanakan program-program jangka masa pendek sepanjang dua dekad pelaksanaan RRJP1 iaitu Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).


Seterusnya ialah peringkat pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua pada tahun 1991 dan berakhir pada tahun 2000.Program ini meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000).Tempoh (RRJP2) merupakan permulaan satu era ke arah Wawasan 2020 untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Rangka Rancangan Jangka Masa Panjang Ketiga telah dilancarkan oleh kerajaan pada April 2001 hingga 2010.Program ini meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006- 2010).Bagi mencapai Wawasan 2020 dan Kerajaan dan mmperkenalkan Dasar Wawasan Negara, (RRJP3) ini merupakan fasa kedua untuk mengusahakan negara menjadi lebih maju.

Bagi mencapai pembangunan mampan, (RRJP3) menumpukkan beberapa teras dan dasar yang strategik iaitu:
1. Membina Bangsa yang yang berdaya tahan
2. Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
4. Menghadapi persaingan antarabangsa
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
6. Memperkukuh pembangunan sumber manusia
7. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu.
Matlamat utama adalah untk membangunkan ekonomi negara kepada sektor luar bandar.
Penubuhan dua agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956.

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan ini oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia.
Menggunakan dua kaedah, iaitu perancangan dari atas ke bawah dan perancangan dari bawah ke atas.
Melaksanakan kajian menyeluruh ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya.
Contohnya kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan Rancangan Malaya Pertama.


Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
 Memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program ke atas setiap sektor ekonomi.Selain itu, memberi penekanan ke atas aspek intergrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Tujuan ini, kerajaan telah menggubal satu program pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada sektor awam atau swasta.Memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi agar golongan miskin dapat menikmatinya.Tambahan pula, kerajaan menubuhkan beberapa agensi iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA), Majlis Amanah Rakyat(MARA), Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad(PERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif.Rancangan ini memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat dan mantap.



Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
 Dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan.Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan utnuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia. Tujuannya memulih ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Tumpuan diberikan kepada sektor awam, dalam bidang perdagangan dan perindustrian.Petronas Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974.Tempoh RMK2, Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) bertambah 7.4% berpunca daripada sektor berikut:
Pertanian - 25%
Pembuatan - 19.3%
Perdagangan - 14.4%
Perkhidmatan - 10.15%

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
 Dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama(1971-1990). Ini merupakan peringkat kedua Dasar Ekonomi Baru. Sektor pertanian dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan , produktiviti dan peluang pekerjaan.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
 Dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan dunia dilanda kemelesetan iaitu kemerosotan dalam pembayaran gaji, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport dan kadar pengangguran semakin meningkat.Kerajaan mewujudkan strategik baru seperti mengadakan sistem mini estet pertanian, koperasi dan strategik pembangunan luar bandar. Bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar, program yang diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru.



Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yang masih lagi meleset. Perancangan pelaksanaannya berasaskan pertumbuhan yang lebih rendah. Teras pembangunan ialah perpaduan negara dan mencapai objektif DEB.Peranannya ialah meningkatkan sektor swasta menerusi kelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat, perlesenan dan kegiatan ekonomi. Ini menggiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong bagi aktiviti pertanian dan mengusahakan sawah terbiar dengan tanaman sesuai.Starategi baharu diperkenalkan bagi meningkatkan produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Setelah rancangan ini berkahir, maka tamatlah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama.

Image result for rancangan malaysia ke 6

https://image.slidesharecdn.com/rancangandanvisipembangunan2-140121090506-phpapp01/95/mpu-rancangan-dan-visi-pembangunan-13-638.jpg?cb=1391496065

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
 Dibentangkan di Parlimen pada 10 Julai 1991 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua. Cabaran adalah untuk mengekalkan proses pertumbuhan selepas kemelesetan ekonomi. Strateginya untuk mempelbagaikan industri asas, meningkatkan sumber pembangunan manusia, penggunaan teknologi baru dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur.Rancangan ini memberi tumpuan produktiviti dalam sektor pertanian, perindustrian serta kemajuan sains dan teknologi dan menggariskan program-program pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar.Strategi RMK6 ini seperti berikut:
Meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi.
Menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan.
Mengurangkan penglibatan sektor awam.
Menjamin pertumbuhan ekonomi stabil.
Mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang baik.
Memajukan program pembangunan industri dan penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti bermutu tinggi.
Mengukuhkan pasaran modal dan kewangan bagi meningkatkan tabungan negeri.


Image result for rancangan malaysia ke 7 1996-2000
https://image.slidesharecdn.com/rancangandanvisipembangunan2-140121090506-phpapp01/95/mpu-rancangan-dan-visi-pembangunan-14-638.jpg?cb=1391496065


Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
 Berlandaskan konsep pembangunan seimbang dengan mengandungi strategi-strategi baharu menjadi strategi didorong oleh pelaburan untuk pertumbuhan produktiviti. Pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.Seterusnya ialah memperluaskan dan memperkaya asas sains dan teknologi. Penekanan kepada sektor swasta yang menunjukkan prestasi dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.

Related image

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
 Fasa pertama Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga yang meliputi tempoh 2001-2010 menghadap cabaran yang besar kesan peningkatan globalisasi , liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi terutam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).RMK8 menumpukan pembangunan ekonomi berasakan penawaran tenaga buruh yang berkualiti, meningkatkan penyelidikan pembangunan dan mempercepatkan pembangunan pertumbuhan ekonomi.
 Dasar dan strategi teras pembangunan RMK8 ialah:
Pengekalan kestabilan ekonomi makro
Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
Pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti
Peningkatan daya saing sektor utama
Perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Peningkatan pembangunan sumber manusia
Pencapaian pembangunan mampan
Peningkatan kualiti hidup
Penanganan isu sosial
Pengukuhan nilai moral dan etika

Image result for rancangan malaysia ke 9
https://www.slideshare.net/taziaboy91/rancangan-malaysia


Perancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
 Rancangan lima tahun diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama sejak Wawasan 2020 diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.Matlamatnya untuk memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kenaikan harga minyak dan kesan krisis kewangan.
Lima teras utama RMK9 iaitu:
Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Image result for rancangan malaysia ke 10
https://www.slideshare.net/dmwivinnyj/rmk10-27972511

Perancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)
 Disediakan dengan mencartakan perjalanan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.Tema RMK10 dalam bentuk 10 idea utama adalah seperti berikut:
Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara
Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa
Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan
Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi
Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang
Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas
Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif
Menyokong perkongsian pintar dan berkesan
Menghargai khazanah alam sekitar
Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing
 Sektor awam perlu ditransformasikan supaya dapat bertindak balas secara berkesan kepada persekitaran global yang pesat berubah.Pendekatan berasaskan outcome, pengagihan sumber, pemantauan dan penilaian kemajuan. Memastikan akauntibiliti, KPI bagi mengukur outcome dikaitkan kepada individu dan dipantau secara berkata.
 Memberi tumpuan kepada peranan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sektor swasta melalui dasar dan peratuan yang efektif.Peralihan dalam perbelanjaan sektor awam daripada infrastruktur fizikal kepada bukan fizikal terutamanya program peningkatan kemahiran , R&D, pembiayaan modal teroka dan pemboleh inovasi yang lain. Menyumbang kepada aspirasi kerajaan yang berinovatif, pantas, berhemat dan berintegriti sebagai satu kenyataan.


Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020)     
Dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd pada 21 Mei 2015. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Enam program telah dirancang di bawah Transformasi Nasional dan akan dilaksanakan seperti berikut:
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Ekonomi
Program Transformasi Politik
Program Transformasi Komuniti
Program Transformasi Sosial
Program Transformasi Fiskal
 RMK11 telah menyediakan enam strategi tumpuan seperti:


Image result for rancangan malaysia ke 11



KESIMPULAN
Pelaksanaan pelbagai dasar, perancangan dan strategi serta pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara digariskan bagi meningkatkan pembangunan yang seimbang dan lestari.Semua ini akan menyumbang kepada kestabilan politik dan keharmonian rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat.Di samping itu, PIN merupakan kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baharu.



 RUJUKAN

Penerangan Johor @PeneranganJohor
Ahmad Atory Hussin (1990-2000). Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Jayum A Jayan (2006). Malaysian Politics and Government, Selangor: Karisma Productions Sdn. Bhd..
Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2014).Pengajian Malaysia, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..
Malaysia Kita (2009). Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, Selangor: International Law Book Services.
Mohd. Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin (2000). Pembangunan dan Dinamika Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd..
Norlida Muhd Ibrahim (2007). Malaysia Jubli Emas - Buku Rasmi Tahunan 2006/2007, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.
Program Transformasi Kerajaan - Pelan Halatuju (2010). Kuala Lumpur: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
Ringkasan Pelan Integriti Nasional (2011), Kuala Lumpur: Institusi Integriti Malaysia.
Roslan Zainuddin, et al. (2005). Kenegaraan Malaysia, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd..
Rukunegara, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan.
Utusan Malaysia (2015). Rancangan Malaysia ke-11l2016-2020, Kuala Lumpur.Utusan Melayu Berhad.
Yusof Ismail (2015). Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia , Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd..
Normuni Mohamad, Razana Fatin Abdullah@Razali, Mohamad Faizal Ahmat, Oxford Fajar Sdn. Bhd., Diterbitkan 2016, Hicom-Glenmarie Industrial Park 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.











No comments:

Post a Comment