Wednesday, November 11, 2020

SETIAP KAUM MEMPUNYAI PANTANG LARANG TERSENDIRI. BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIO BUDAYA DAN AGAMA.

 


DUA 6062 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAIDI

 

NAMA AHLI KUMPULAN:

 

1. MUHAMMAD THAQIF BIN NASIR (F1008)

2. SHAIKH MUHAMMAD KHAIRULLAH BIN SHAIKH ABDUL KARIM YAMANI (F1087)

3. WAN AHMAD DANIAL BIN WAN AZLAN (F1081)

4. MOHAMAD DANISH BIN JALIL (F1075)

 

 

SETIAP KAUM MEMPUNYAI PANTANG LARANG TERSENDIRI. BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIO BUDAYA DAN AGAMA.


ISI KANDUNGAN

 

1. PENGHARGAAN

2. PENGENALAN

3. SOSIO BUDAYA DAN AGAMA

4. KESIMPULAN

 

PENGHARGAAN

 

  Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kita terhadap Allah kerana dengan izinNya memberikan kita berpeluang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan bagi kod (DUA 6022) ini dengan penuh semangat.

 

  Sebelum kami memulakan tajuk sebenarnya, kami dengan penuh berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Zaidi, Selaku Pensyarah Komunikasi Dan Penyiaraan Islam kerana telah memberikan kami kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab dengan tugasan yang diberikan oleh beliau.

 

  Tidak lupa juga, saya sebagai wakil kumpulan turut berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah berjuang dengan saya dengan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi memberikan idea dan pendapat masing-masing untuk menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang terdekat.

 

  Akhir kata, kami juga tidak lupa akan jasa-jasa daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini walaupun dengan cara atas talian ataupun dengan berhadapan. Segala bantuan yang dilakukan amat kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka, kami takkan sampai ke tahap ini dan bermungkinan tidak dapat melaksanakan projek dengan baik.

Sekian, terima kasih.


PENGENALAN

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni dan mempunyai kaum yang berbilang bangsa. Terdapat tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya adalah Baba dan Nyonya, Iban, Kadazandusun dan lagi-lagi. Disebabkan itu terdapat banyak pantang larang sama ada dari sudut sosio, budaya dan agama.

 

 

SOSIO DI MALAYSIA

 

  Penduduk Malaysia pada 2019 diganggarkan 32.6 juta orang, 68.88% merupakan kaum Bumiputera, dimana 58.7% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 4.13% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia.Kira kira 25.56% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina..Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi 6.73% daripada penduduk. Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan kepada masyarakat. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting.

 

 

AGAMA DI MALAYSIA

 

Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. 

Di samping itu, di bawah Perlembagaan Persekutuan islam merupakan agama rasm di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

 

 

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

 

Pantang larang

Sebab pantang larang wujud

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak

Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.

Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan

Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul

Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung

 

Pantang larang sebelum perkahwinan

Terdapat beberapa pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

 

Pantang larang

Sebab pantang larang wujud

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.

Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.

Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.

ntuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan.

Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

 

 

 

 

 

PANTANG LARANG PERAYAAN

 

Raya Aidilfitri

 

1. Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.

2. Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian.

3. Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.

4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.

5. Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.

6. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.

7. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.

8. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi.

 

 

Hari Raya Aidiladha.

 

1. Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.

2. Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.

3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.

4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

 

 

PANTANG LARANG MENGANDUNG ORANG MEAYU

 

Wanita hamil juga biasanya disuruh:

 

Ø Menjaga emosi dan jangan menyimpan niat tidak elok atau berprasangka buruk sepanjang kehamilan.

Ø Jangan derhaka kepada suaminya kerana akan berdepan kesukaran ketika mahu melahirkan.

Ø Minum air kelapa pada bulan-bulan terakhir kehamilan supaya bayi berkeadaan bersih ketika dilahirkan.

Ø Melihat benda-benda yang elok dan cantik supaya bayi juga berkeadaan elok dan cantik dari segi rupa dan peradaban.

Ø Banyak berjalan dan melakukan senaman ringan, dan elakkan bermalas-malasan sahaja.

 

 

Ibu-ibu hamil juga melaporkan yang mereka pernah disuruh orang tua:

 

Ø Jangan potong ketam, takut anak menjadi cacat.

Ø Jangan sampai terpukul atau terserempak ular, takut tali pusat anak terbelit.

Ø Jangan menjerat burung, mengikat tali, takut susah ketika anak hendak dilahirkan, dikhuatiri terbelit tali pusat.

Ø Jangan mengail, menyiang ikan, menyembelih, mengasari atau membunuh binatang, takut anak jadi sumbing atau cacat anggota lainnya, atau kelihatan seperti haiwan yang dianiaya.

Ø Jangan makan sambal berlebihan, takut kepala janin botak.

Ø Jangan mengetuk paku di dinding, duduk di atas akar kayu atau makan makanan berakar seperti pegaga, takut terlekat uri pada rahim.

Ø Jangan makan durian berlebihan, takut kepala anak akan berbisul setiap kali musim durian.

Ø Jangan menyusup bawah penyidai, takut anak cacat.

Ø Jangan lihat gerhana, takut anak bermata juling atau ada tanda hitam.

Ø Jangan tidur tengah hari atau menanam pokok pisang, takut anak lahir berkepala besar.

Ø Jangan diikat mati benang atau tali, menjahit atau pun menganyam, takut anak terbelit tali pusat.

Ø Jangan duduk di muka pintu atau tangga, takut susah melahirkan termasuk kemungkinan berlaku tumpah darah yang boleh mendatangkan maut.

Ø Jangan makan makanan tajam seperti nenas atau tapai, takut keguguran.

Ø Jangan minum kopi, kelak bayi berkulit gelap.

Ø Jangan melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak akan tertutup seperti kucing sedang tidur.

 

Perkahwinan Orang Cina

 

P   Perkahwinan Cina (Bahasa Cina: 婚姻; pinyin: hūn yīn) secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cinamembenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina.

 

Perkahwinan dalam konteks Konfusianisme[sunting | sunting sumber]

Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan. Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina. Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Oleh itu, perkahwinan kekadang juga berkait dengan politik.

Perkahwinan Cina prasejarah

Perkahwinan dalam Masyarakat-masyarakat Awal

Dalam pemikiran Cina tradisional, orang-orang dalam masyarakat "primitif" tidak berkahwin. Mereka dianggap sebagai menghidup seperti haiwan-haiwan yang lain, dan tidak mempunyai konsep yang tepat terhadap keibuan, kebapaan, adik-beradik, suami dan isteri, serta jantina, apa lagi tentang penjodohan dan upacara perkahwinan. Sebahagian daripada "misi peradaban" Konfusianisme adalah untuk mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan konsep bapa atau suami, serta untuk mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga.

Perkahwinan antara adik-beradik, walaupun dilarang dalam kebudayaan Cina, pernah dilaporkan dalam mitologi Cina yang amat awal. Terdapat sebuah cerita tentang perkahwinan antara Nüwa (perempuan) dan Fu Xi (lelaki) yang merupakan adik-beradik. Ketika itu, dunia masih tidak mempunyai banyak penduduk. Adik beradik itu hendak berkahwin tetapi mereka berasa malu. Oleh itu, mereka ke bukit Kunlun Shan dan berdoa kepada Syurga agar memberikan kebenaran untuk mereka berkahwin. Mereka berkata, "Jika Engkau membenarkan kami berkahwin, sila menyelubungi kami dengan kabus. Supaya dapat melindungi rasa malunya, Nüwa dikatakan melitupi merah mukanya dengan sebuah kipas. Pada hari ini di sesetengah desa di China, pengantin-pengantin perempuan masih mengamalkan adat resam yang menyembunyikan muka mereka dengan sebuah kipas.

Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis

Dalam masyarakat Cina, lelaki tidak dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang mempunyai nama keluarga yang sama (ini tidak lagi diendahkan pada zaman baru-baru ini ketika jumlah penduduk Cina bertambah sehingga mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama mungkin tidak mempunyai sebarang hubungan antara satu sama lain). Perkahwinan tersebut diperlihatkan sebagai inses dan dianggap akan membawa risiko terhadap kelahiran anak yang cacat. Bagaimanapun, perkahwinan antara seorang anak lelaki dengan saudara-saudara sebelah ibunya tidak diperlihatkan sebagai inses. Klan-klan yang berbeza mungkin mempunyai lebih daripada satu nama keluarga. Dari segi sejarah, terdapat banyak klan yang penting yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning di China kuno, seperti puak Huang Di yang mempunyai nama keluarga Ji, nama keluarga orang biasa, dan puak Yan Di yang mempunyai nama keluarga Jiang. Oleh sebab perkahwinan dengan saudara-saudara sebelah ibu tidak dianggap sebagai inses, keluarga-keluarga itu kadang-kadang berkahwin antara satu generasi dengan generasi yang lain.

Dengan masa berlalu, perpindahan orang-orang Cina semakin meningkat. Pasangan-pasangan berkahwin dalam apa yang dipanggil perkahwinan luar klan, atau lebih dikenali sebagai perkahwinan antitesis. Ini terjadi pada pertengahan Zaman Batu Baru, iaitu sekitar 5000 SM. Menurut cendekiawan-cendekiawan Cina moden daripada aliran fikiran Marxisme, sistem saka (iaitu sistem kuasa ibu) diamalkan dalam masyarakat ketika itu, dan suami-suami diperlukan tinggal dengan keluarga isterinya. Bagaimanapun, lelaki-lelaki itu masih merupakan ahli keluarga kandung mereka. Apabila suami isteri meninggal dunia, mereka dikebumikan secara berasingan di dalam perkuburan klan masing-masing. Anak-anak dikebumikan dengan ibu mereka.

Perkahwinan antitesis masih berlaku di China moden. Di Yunnan, lelaki dan perempuan dalam kelompok minoriti yang dikenali sebagai Nakhi membentuk pasangan sementara dan mereka menggelar satu sama lain sebagai "Ahchu" dan bukannya "suami dan isteri". "Ahchu" lelaki tinggal dan bekerja di rumah "Ahchu" perempuan.

Perkahwinan sistem saka dan monogami

Dalam perkahwinan sistem saka, seorang lelaki yang menjadi menantu akan tinggal di dalam rumah isterinya. Dia juga diperlukan menukarkan nama keluarganya menjadi nama keluarga isterinya. Ini berlaku dalam peralihan daripada perkahwinan antitesis kepada monogami yang menandakan kemerosotan sistem saka serta pertumbuhan penguasaan sistem baka (iaitu sistem kuasa bapa) di China kuno.

 

Upacara amal perkahwinan tradisional

 

Suatu perkahwinan moden dijalankan dalam suatu format Diansti Ming.

Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.

Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket.

 

Ø Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung tidak dikenali.

Ø Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut.

Ø Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan.

Ø Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.

Ø Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah.

Ø Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:

Ø Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.

Ø Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.

Ø Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.

Ø Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.

Ø 

Proses penceraian tradisional

 

Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan:

 

Ø Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618-907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan perceraian.

Ø Pembubaran perkahwinan melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu pasangan melakukan jenayah serius (ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara, tetapi ditakrifkan dengan lebih longgar untuk isteri) terhadap pasangan atau klan pasangannya.

Ø Pengisytiharan perceraian satu pihak oleh suami: Bagaimanapun, untuk berkuatkuasa di sisi undang-undang, perceraian tersebut harus mendasarkan salah satu daripada tujuh alasan yang berikut:

Ø Isteri tidak taat kepada ibubapa mentua. Ini menyebabkan mentua berupaya membubarkan perkahwinan tanpa kerelaan hati pasangan.

Ø Isteri tidak berjaya melahirkan anak lelaki.

Ø Isteri tidak beradab atau berzina.

Ø Isteri cemburu. Ini termasuk membantah suami kerana berkahwin lagi seorang isteri atau mengambil gundik.

Ø Isteri mempunyai penyakit yang keji.

Ø Isteri suka mengumpat.

Ø Isteri mencuri.

 

 

 

Jelas alasan-alasan tersebut boleh diputarbelitkan untuk menyesuaikan suami dan keluarganya. Bagaimanapun, terdapat tiga kekecualian yang jelas yang penceraian satu pihak tidak dibenarkan:

 

Ø Isteri tidak ada keluarga untuk pulang.

Ø Isteri pernah berkabung selama tiga tahun penuh untuk seorang mertua.

Ø Suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi kini telah menjadi kaya.

 

Undang-undang di atas adalah berkenaan dengan penceraian satu pihak yang dikuatkuasakan sejak dari masa Dinasti Tang sehingga dibubarkan oleh kerajaan Republik China pada tahun 1930.

 

Poligami

 

Bahagian ini membincangan aspek-aspek sosial dan undang-undang poligami, khususnya poligini (seorang lelaki dengan banyak perempuan) dalam masyarakat Cina tradisional. Kebudayaan tradisional tidak melarang atau menggalakkan poligini dengan tersurat, kecuali sebagai cara untuk memperoleh anak-anak lelaki.

Amalan poligini dalam masyarakat Cina tradisional hanya terhad kepada bilangan perempuan yang boleh didapat, serta keupayaan seseorang lelaki untuk menyara mereka. Oleh itu, poligini pada dasarnya terhad kepada golongan atasan dan kelas menengah manakala di kalangan mereka yang lain, monogami bolehlah dianggap sebagai norma. Rekod-rekod sejarah tertulis mungkin berat sebelah tentang kejadian poligami yang sebenar, kerana golongan elit bolehlah dianggap sebagai lebih ditonjolkan dalam rekod-rekod tersebut.

 

Perkahwinan ganti tikar

 

Perkahwinan sororat atau perkahwinan ganti tikar ialah adat resam yang mana seseorang lelaki berkahwin dengan kakak atau adik isterinya. Istilah ini kemudian diperluas untuk merangkumi saudara-saudara sepupu atau perempuan-perempuan daripada klan yang sama.

Perkahwinan ganti tikar boleh berlaku pada bila-bila masa, baik pada waktu yang sama dengan perkahwinan isteri pertama, atau semasa isterinya masih hidup, ataupun juga selepas isterinya telah meninggal dunia. Amalan ini amat biasa semasa Dinasti Zhou di kalangan orang bangsawan, dengan amalan ini juga berlaku pada zaman-zaman yang kemudian.

 

Isteri berbilang dengan status sama

 

Maharaja-maharaja bagi sesetengah dinasti yang agak kecil diketahui mempunyai banyak maharani. Selain itu, kejadian ini juga boleh berlaku dalam keadaan-keadaan yang khas. Umpamanya semasa perang, sepasangan suami isteri mungkin berpisah dan suami itu salah menganggap bahawa isterinya telah meninggal dunia. Dia berkahwin semula dan kemudian mendapati bahawa isteri pertamanya masih hidup. Mereka disatukan semula dan kedua-dua isterinya diakui.

Maharaja Qianlong daripada Dinasti Qing mula membenarkan poligami yang bertujuan khusus untuk melahirkan pewaris bagi lagi satu cabang keluarga. Dikenali sebagai "pewarisan berbilang", jika seorang lelaki merupakan anak tunggal, dan bapa saudaranya tidak mempunyai anak lelaki, jadi dengan persetujuan bersama, dia boleh mengahwini lagi seorang isteri. Anak lelaki daripada perkahwinan ini akan menjadi cucu dan pewaris kepada bapa saudaranya. Proses ini boleh diulangi untuk bapa-bapa saudara yang lain.

Selain daripada keinginan tradisional untuk mempunyai anak lelaki agar dapat meneruskan nama keluarga, kebenaran ini pada setakatnya dapat mengatasi dilema yang ditimbulkan oleh Maharaja Qianlong sendiri. Baginda ketika itu baru sahaja mengharamkan sebarang bentuk pewarisan bukan nasab bapa, tetapi masih hendak mengekalkan hubungan kekeluargaan Cina yang wajar. Oleh itu, sepasangan suami isteri tidah boleh mengambil anak angkat daripada keluarga luasnya. Mereka harus mengambil anak angkat daripada orang luar (yang dianggap oleh banyak orang sebagai memberi kekayaan kepada "orang luar" yang tidak bersaudara), atau menjadi tidak mempunyai sebarang pewaris. Perkahwinan-perkahwinan pewarisan berbilang memberikan jalan keluar ketika adik-beradik suami mempunyai seorang anak lelaki.

 

Sekedudukan

 

Perempuan-perempuan yang menjadi gundik atau dipanggil perempuan simpanan diperlakukan sebagai orang yang berkedudukan rendah dan dijangka harus menyerah dan menurut perintah isteri (jika ada) lelaki yang berkenaan. Perkahwinan perempuan-perempuan itu tidak dilakukan dengan sebarang upacara, mempunyai hak yang kurang dalam hubungan, dan boleh diceraikan dengan sewenang-wenangnya. Pada umumnya, mereka datang daripada status sosial yang lebih rendah atau dibeli sebagai abdi. Perempuan-perempuan yang lari bersama kekasih mungkin juga menjadi gundik kerana perkahwinan yang rasmi memerlukan penyertaan ibu bapa mereka.

Bilangan gundik yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki kekadang dikawal, dengan maharaja hampir selalu boleh mempunyai banyak gundik.

Satu bentuk sekedudukan yang agak berlainan ialah apa yang dipanggil "dua isteri utama". Secara tradisi, seorang isteri dijangka akan tinggal dengan keluarga suaminya. Apabila seseorang suami terpaksa tinggal jauh daripada keluarganya, isterinya harus tinggal dengan mertua dan menjaga mereka. Seorang lelaki yang menderita pemisahan kronik daripada isterinya, seperti pedagang kembara, boleh "berkahwin" dengan lagi seorang perempuan dan memulakan rumah tangga yang berasingan dengannya. Disebabkan oleh perpisahan geografi, perempuan kedua itu sering menganggap diri sebagai isteri penuh , walaupun perkahwinannya tidak diakui di sisi undang-undang dan dia masih dianggap sebagai gundik.

Amalan ini telah mempengaruhi pertambahan poligami yang mendadak pada baru-baru ini di tanah besar China. Sejak pembukaan sempadan China pada dekad 1970-an, ahli-ahli perniagaan dari Hong Kongdan Taiwan telah mengahwini "isteri-isteri sekunder" di tanah besar. Sejak dari masa itu, amalan ini juga mempengaruhi orang-orang kaya tempatan. [1].

 

Poliandri

 

Poliandri ialah amalan seorang wanita mempunyai banyak suami. Tidak ada hal macam ini, ini hanya idaman isterinya yang ingin mempunyai suami lain kerana mereka mungkin berkahwin secara tidak bersuka rela dan mungkin sekali juga ternampak lelaki lain yang lebih kaya atau kacak. Pada zaman dahulu, perempuan yang telah masuk ke rumah suaminya sudah dianggap sebagai ahli keluarganya dan perlu patuh pada undang-undang rumah dan patuh pada suaminya. Pada zaman kini, mungkin sekali ada isteri yang ada lelaki lain yang dipanggil [xiao bai lian] tetapi tidak berkahwin dan dengan itu tidak mungkin mempunyai banyak suami.

 

 

 

 

 

 

Pantang Larang Tahun Baru Cina

 

Pantang-larang sewaktu perayaan

 

Tuah baik

 

Ø Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

Ø Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Ø Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

Ø Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ø Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.

Ø Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

 

Nasib Malang ("Tuah buruk")

 

Ø Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

Ø Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

Ø Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

Ø Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Ø Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Ø Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Ø Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

 

 

Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung

 

Ø Dilarang makan daging arnab, jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.

Ø Dilarang makan daging anjing, jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.

Ø Dilarang makan daging ayam jantan, barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

Ø Dilarang makan ketam, barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

Ø Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai, kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

Ø Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku, bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

Ø Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu, ibu tidak mudah mengimbangi diri .

Ø Dilarang tepuk bahu ibu, ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

Ø Dilarang menyidai baju, kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

Ø Dilarang menghadiri upacara perkahwinan, upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

 

Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

 

 Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .

    Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.

    Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut  akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

    Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

   Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang  kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

 

 

Pantang Larang Semasa Deepavali

 

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

 

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

 

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

 

 

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

 

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India :

 

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.

 

Ø Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam

Ø Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.

Ø Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

Ø Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

 

 

 

 

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

 

 

SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG YANG DIAMAL DARI SUDUT AGAMA YANG TERSENDIRI.

 

AGAMA ISLAM

 

Orang tua ada berpesan antara pantang larang semasa isteri hamil, jangan bunuh binatang berbisa. Saya pula telah membunuh binatang berbisa dalam rumah demi keselamatan ahli keluarga. Adakah pantang larang itu boleh diikuti? Sila beri tunjuk ajar dan pandangan dari segi agama. - Mohd. Zairi, Melaka

UKE: Dalam adat orang Melayu memang macam-macam pantang larang dikenakan kepada isteri yang hamil mahupun suaminya. Ada pantang larang yang boleh diikut dan ada yang hanya sekadar adat semata-mata dan tidak perlu diikut.

 

 

Islam menggalakkan kepada suami isteri agar banyak melakukan amalan-amalan baik seperti perbanyakkan membaca al-Quran dan bersolat sunat memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang sihat serta kesihatan yang baik kepada ibu dan anak.

Maka selagi mana yang dilakukan itu dibenarkan oleh syarak maka haruslah dilakukan oleh suami isteri itu dan mana yang haram, maka haramlah dikerjakan. Kenalah perhatikan adakah adat itu bercanggah atau tidak dengan hukum syarak. Kalau bercanggah maka abaikan sahaja adat-adat tersebut.

Berkenaan membunuh binatang berbisa yang mengancam keselamatan dan kalau dah betul membahayakan nyawa, kenapa tidak boleh dibunuh? Kalau boleh elak daripada dibunuh binatang itu maka itu pun bagus juga. Misalnya ular yang masuk ke dalam rumah. Kalau boleh dihalau atau ditangkap terlebih dahulu kerana ada peringatan daripada Nabi SAW berkenaan ular yang memasuki rumah.

Pertama, boleh dibunuh ular berbahaya yang berada di luar rumah kerana bisa dan bahayanya. Rasulullah SAW bersabda: “Bunuhlah ular berbisa dan yang pendek, sesungguhnya kedua-duanya dapat menghilangkan penglihatan mata dan menggugurkan kandungan.” (Muttafaq alaih).

Kedua, kita diperintahkan oleh Nabi SAW untuk menghalau ular terlebih dahulu dan jangan terus membunuhnya. Jika ular tersebut enggan keluar dari rumah, maka boleh kita membunuhnya. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya rumah-rumah biasa ada ular yang masuk, maka jika engkau melihat salah satu ular tersebut, maka berilah peringatan terlebih dahulu sebanyak tiga kali. Dan jika ia pergi, maka itulah yang diharapkan. Dan jika ia enggan, maka bunuhlah, sesungguhnya ia adalah (syaitan) kafir.” (Hadis riwayat Muslim).

Orang Melayu selalu mengaitkan persoalan wanita hamil dengan istilah kenan. Takut kenan itu dan kenan ini. Maka saya nasihatkan agar sentiasalah suami isteri mengungkapkan istilah dan perbuatan yang baik kerana perkataan dan perbuatan juga

merupakan satu doa.

Sentiasalah berlintas di dalam hati, perasaan yang baik. Jangan ada lintasan yang tidak baik. Apa pun jika ada kesalahan, mohonlah ampun kepada Allah dan bermohon maaflah kepada orang yang kita berbuat salah kepadanya.

 

KESIMPULAN

 

Walaupun Negara kita terdiri daripada berbilang kaum, tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India adalah untuk satu tujuan iaitu untuk kebaikan sendiri. Ini bermaksud, pantang larang perlu dipatuhi semasa perkahwinan, perayaan, dan juga semasa hamil untuk mengelakkan sesuatu yang malang berlaku.

 

RUJUKAN

 

Ø http://www.utusan.com.my/rencana/agama/hukum-langgar-pantang-larang-1.565406

Ø https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cina

Ø http://budakakaun96.blogspot.com/

Ø http://mohanhernandez.blogspot.com/

Ø http://bmk12010.blogspot.com/

Ø http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/6-sosio-budaya.html

Ø https://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu

 

 

 

 

LAMPIRAN








No comments:

Post a Comment